Tuesday, December 9, 2014

ISOLA MENERIMA "LABEL KILANG HIJAU" DARIPADA BIRO PEMBANGUNAN INDUSTRI KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI TAIWAN



Loji Taoyuan Syarikat Diiktiraf sebagai Fasiliti Pembuatan Laminat Salut Kuprum Pertama di Taiwan

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Isola Group S.a r.l., peneraju pasaran dalam laminat salut kuprum dan bahan prapreg dielektrik yang digunakan untuk memfabrikat Papan Litar Bercetak (PCB) pelbagai lapisan lanjutan, hari ini mengumumkan bahawa fasiliti pembuatannya di Taoyuan telah menerima Label Kilang Hijau daripada Biro Pembangunan Industri (IDB) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan. Anugerah ini mengiktiraf Taoyuan sebagai kilang laminat salut kuprum “hijau” pertama di Taiwan.  “Sistem Label Kilang Hijau” telah dibangunkan oleh IDB untuk merangsang pemuliharaan tenaga dan pengurangan tenaga di kalangan pengilang Taiwan dalam usaha mengikuti trend antarabangsa yang menggalakkan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat.

No comments:

Post a Comment