Friday, March 20, 2015

UNIONPAY INTERNATIONAL BERGABUNG DENGAN 80 KEDAI BEBAS CUKAI DI LAPANGAN TERBANG UNTUK MEMPERLUASKAN KEISTIMEWAAN KEPADA PEMEGANG KAD

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- UnionPay International mengumumkan pada 20 Mac bahawa ia telah melancarkan satu program keistimewaan baharu yang memberi diskaun khas di 80 buah kedai bebas cukai di 70 lapangan terbang dengan menjalin kerjasama bersama 16 kumpulan bebas cukai yang terkenal di dunia. Pemegang kad UnionPay (nombor kad bermula dengan angka 62) akan dapat menikmati diskaun eksklusif sekurang-kurangnya 5% sambil menikmati layanan istimewa dan pengalaman membeli-belah dengan mudah semasa dalam kembara antarabangsa mereka.

No comments:

Post a Comment