Friday, April 3, 2015

SOUTH EAST ASIAN STRATEGIC ASSETS FUND KELUAR DARI LEBUHRAYA CHERAS-KAJANG DI MALAYSIA

SINGAPURA, April 3 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- South East Asian Strategic Assets Fund L. P. (SEASAF), yang mendapat khidmat nasihat daripada Capital Advisors Partners Asia Pte Ltd (CapAsia), sebuah syarikat pengurusan dana ekuiti swasta yang pakar dalam pelaburan infrastruktur di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pemberhentian pelaburan bagi kepentingan ekuitinya sebanyak 35% dalam Cerah Sama Sdn Bhd, yang merupakan syarikat pemegangan pelaburan bagi Grand Saga Sdn Bhd, pemegang konsesi yang memiliki dan mengendalikan Lebuhraya 11.5KM Cheras-Kajang di Malaysia untuk TEI Sdn Bhd, sebuah syarikat usahasama antara Taliworks Corporation Berhad dan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=7832

No comments:

Post a Comment