Friday, May 22, 2015

​GLOBEONE MENGUMUMKAN SURAT HASRAT DENGAN EXIMBANK UNTUK MEMBAWA RANGKAIAN PERBANKAN MUDAH ALIH KE VIETNAM


Akses mudah alih berkos rendah kepada perkhidmatan kewangan akan merangkumi pemindahan wang antarabangsa antara Vietnam, Amerika Syarikat, dan Mexico

SANTA MONICA, Calif., 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GlobeOne, hari ini mengumumkan satu penambahan kepada rangkaian global bagi ahli-ahli bank dengan satu Surat Hasrat dengan Eximbank, yang akan membawa penyelesaian perbankan mudah alih GlobeOne ke Vietnam pada akhir tahun ini. GlobeOne merancang untuk menyediakan akses melalui satu platform mudah alih kepada satu suite perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh Eximbank di Vietnam, termasuk pemindahan domestik dan antarabangsa bagi ahli-ahli perseorangan di seluruh rangkaian global GlobeOne yang semakin berkembang.

No comments:

Post a Comment