Tuesday, October 28, 2014

COPC INC. MENANGANI PERMINTAAN PENGGUNA YANG SEMAKIN MENINGKAT DI CHINA; MENAWARKAN PERUNDINGAN DAN LATIHAN YANG DIPERLUASKAN KEPADA PUSAT HUBUNGAN

Lancar Laman Sesawang China dan Membuka Pejabat Baru di Beijing

KUALA LUMPUR, Oct 28 (Bernama) -- COPC Inc., sebuah syarikat perundingan, latihan dan pensijilan global yang membantu organisasi meningkatkan prestasi pusat hubungan mereka, telah mengumumkan perkhidmatan yang diperluaskan kepada syarikat-syarikat di Barat dan China untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri hubungan pelanggan di China. Ini termasuk perkhidmatan perundingan pusat hubungan dan latihan pengurusan, versi baru laman sesawang COPC Inc. China, dan Kumpulan Pengguna China, sebuah organisasi yang terdiri daripada pakar-pakar industri yang bertemu untuk membincangkan isu-isu pusat perhubungan tempatan dan antarabangsa. COPC Inc. juga mengumumkan pembukaan sebuah pejabat baru di Beijing. Ini adalah tambahan kepada pejabatnya di Asia Pasifik iaitu di Singapura, Manila, dan Sydney.

Untuk teks penuh: http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=7399

No comments:

Post a Comment