Thursday, February 26, 2015

ISOLA MENGEMBANGKAN PORTFOLIO BAHAN PCBNYA YANG DIREKA UNTUK MENGURANGKAN PENCONGAN DALAM REKA BENTUK ELEKTRONIK KELAJUAN TINGGI



Laminat dan Prapreg Kehilangan Ultra-Rendah Chronon(TM) Kini Tersedia untuk Ujian Alfa

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Isola Group, peneraju pasaran dalam laminat salut kuprum dan bahan prapreg dielektrik yang digunakan untuk memfabrikat Papan Litar Bercetak (PCB), hari ini mengumumkan pengenalan Chronon(TM) iaitu bahan laminat dan prapreg kelajuan tinggi dan kehilangan ultra-rendah terkini syarikat yang direka untuk mengurangkan isu-isu pencongan dalam reka bentuk kelajuan tinggi yang mempunyai pasangan berbeza. Pengenalan Chronon, yang mengikut pelancaran GigaSync(R) pada 2014, mengembangkan portfolio bahan-bahan PCB syarikat untuk mengurangkan pencongan dalam reka bentuk kelajuan tinggi.

No comments:

Post a Comment