Tuesday, February 17, 2015

John Crane Mengukuhkan Keupayaan Perkhidmatan Pelanggan Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- John Crane mengumumkan hari ini mengenai perluasan pusat perkhidmatan super mereka di Singapura serta pembukaan dua kemudahan di Malaysia: sebuah pejabat jualan dan perkhidmatan di Kuala Lumpur dan sebuah pusat perkhidmatan di Bintulu. Pelaburan ini membolehkan John Crane untuk bertindak dengan lebih pantas kepada keperluan perkhidmatan pelanggan tempatan, meningkatkan latihan amali yang ditawarkan kepada pelanggan, dan mempertingkatkan pemindahan kepakaran teknikal dan pengetahuan di rantau itu.

No comments:

Post a Comment