Friday, February 27, 2015

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH KESATUAN POS SEDUNIA (UPU) KE MCMC


CYBERJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 26 Februari 2015 menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Kesatuan Pos Sedunia (UPU), TYT Bishar A. Hussein yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke beberapa buah negara di rantau Asia termasuk Malaysia. UPU yang berpangkalan di Berne, Switzerland adalah forum utama bagi kerjasama pos di peringkat global bagi perkhidmatan mel, bungkusan, ekspres, pembayaran pos dan pos elektronik serta mempunyai rangkaian lebih daripada 640,000 pejabat pos di seluruh dunia.  


No comments:

Post a Comment