Thursday, February 26, 2015

JENAMA PERMAINAN BAHARU "OBOKAIDEM" MEMBUAT PENAMPILAN


KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- 
 
- Lima Permainan akan Dilancarkan di peringkat Global pada tahun 2015; "BOOST BEAST" Dilancarkan pada 23 April -

MediaKobo Inc. (TYO: 3815) telah mengumumkan pewujudan jenama permainan baharu OBOKAIDEM (URL: http://www.obokaidem.com) dan juga pelan tindakan tahunan jenama berkenaan. Permainan OBOKAIDEM akan dikeluarkan dalam pelbagai bahasa melalui pelbagai platform di 140 buah negara. Tajuk pertama, "BOOST BEAST" akan membuat penampilan di seluruh dunia pada April 2015, diedarkan melalui AppStore, GooglePlay Store, Facebook Canvas dan Kindle Store dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Cina dan Thailand. Termasuk "BOOST BEAST" OBOKAIDEM merancang untuk mengeluarkan 5 permainan di peringkat global pada tahun 2015.

No comments:

Post a Comment