Friday, January 23, 2015

BERNAMA-JABATAN PELANCONGAN, INSTITUT MAKANAN KEBANGSAAN DAN PERSATUAN CHEF THAILAND BERSAMA-SAMA MENGANJURKAN FESTIVAL GOURMET THAILAND 2015 YANG PERTAMA


BANGKOK, Thailand,  23 Jan. /InfoQuest-AsiaNet/ --

Jabatan Pelancongan, Kementerian Sukan dan Pelancongan, dengan kerjasama Institut Makanan Kebangsaan, Kementerian Perindustrian dan Persatuan Chef Thailand, secara bersama menganjurkan pesta makanan bertaraf dunia yang pertama di Thailand, "Festival Gourmet Thailand 2015 yang pertama," pada 23 Januari hingga 25 Januari 2015 di Dewan Parc Paragon di Siam Paragon. Acara ini mempamerkan Master Chef dan Michelin Star Chef dari seluruh pelusuk dunia yang menghasilkan pelbagai hidangan dengan menggunakan bahan-bahan dari Thailand; satu pertembungan menarik di antara Iron Chef Thailand TM dan seorang pencabar dari sebuah hotel terkemuka; satu pesta makanan terkenal dan juga satu kempen Pengembaraan Gourmet, yang merupakan pelancongan kebudayaan yang digabungkan dengan rasa masakan bertaraf dunia.

No comments:

Post a Comment