Friday, January 23, 2015

NTT COMMUNICATIONS AKAN MEMPERKUKUHKAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN WIDEANGLE DAN PERUSAHAAN AWAN DENGAN FORTINET, SYARIKAT PERALATAN KESELAMATAN TERKEMUKA

- Akan menjadi penyedia perkhidmatan yang pertama di dunia untuk menyediakan perkhidmatan sehenti  yang menggabungkan perisian peralatan keselamatan dan keselamatan terurus -

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan pelancaran segera sebuah perkhidmatan perisian peralatan keselamatan yang dapat digunakan dalam awan peribadi pelanggan, dan dalam masa terdekat melalui perkhidmatan keselamatan WideAngle NTT Com untuk keselamatan terurus. Perkhidmatan itu, yang ditawarkan dengan kerjasama Fortinet, Inc. (NASDAQ: FTNT) syarikat peralatan keselamatan No.1* di dunia, membolehkan penggunaan permintaan bagi fungsi keselamatan asas, seperti sistem pencegahan pencerobohan awan (IPS) dan penapisan, untuk pelaksanaan langkah-langkah keselamatan yang pantas, fleksibel dan berkos rendah.

No comments:

Post a Comment