Tuesday, January 13, 2015

ISOLA ASIA PACIFIC (TAIWAN) INC. DIPERAKUI MEMENUHI SYARAT-SYARAT ISO 50001 PIAWAIAN PENGURUSAN TENAGA

Kemudian Pengilangan Syarikat di Taoyuan dan Yangmei Telah Diiktiraf untuk Sistem Pengurusan Tenaga Mereka

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Isola Group S.à r.l., peneraju pasaran dalam laminat salut kuprum dan bahan-bahan prapreg dielektrik dielektrik yang digunakan untuk memfabrikat Papan Litar Bercetak (PCB) pelbagai lapisan lanjutan, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya iaitu Isola Asia Pacific (Taiwan) Inc. telah menerima sijil perakuan ISO 50001:2011 oleh SGS, syarikat pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan pensijilan terkemuka di dunia. Pensijilan ini mengiktiraf bahawa pihak syarikat telah menyepadukan pengurusan tenaga ke dalam seluruh usahanya meningkatkan kualiti dan pengurusan alam sekitar di kemudahan-kemudahan pengilangannya yang terletak di Yangmei dan Taoyuan, Taiwan. Pengiktirafan ini mengikuti pengumuman yang dibuat oleh Isola baru-baru ini berhubung dengan kemudahannya di Taoyuan yang mencapai “Label Kilang Hijau” daripada Biro Pembangunan Industri Taiwan (Industry Development Bureau, IDB) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang mengiktiraf Taoyuan sebagai kilang laminat salut kuprum (CCL) “hijau” yang pertama di Taiwan.

No comments:

Post a Comment