Tuesday, January 20, 2015

​NTT COMMUNICATIONS AKAN MEMPERLUASKAN OPERASI DI INDIA


- Akan membuka pejabat baharu di Ahmedabad dan mendapatkan Lesen Disatukan untuk perkhidmatan rangkaian -

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat miliknya sepenuhnya NTT Communications India Private Limited (NTT Com India) akan menubuhkan sebuah pejabat cawangan di Ahmedabad, Gujarat bagi memulakan penawaran penyelesaian ICT pada Jun, 2015. Di samping itu, NTT Com akan memperolehi sebuah Lesen Disatukan untuk perkhidmatan jarak jauh negara (NLD) yang akan membolehkan syarikat itu untuk mula menyediakan perkhidmatan rangkaian domestik di India menjelang akhir tahun ini, melalui sebuah syarikat baharu kumpulan NTT Communications India Network Services Private Limited, yang akan ditubuhkan pada Mei 2015.

No comments:

Post a Comment