Thursday, January 29, 2015

FLINTFOX MELANJUTKAN JANGKAUAN DENGAN PEMBUKAAN PEJABAT BAHARU DAN PEMEROLEHAN AX EXCELLENCE

Flintfox International mengumumkan pengembangannya ke United Kingdom, Singapura dan Malaysia untuk meluaskan jangkauan   syarikat itu di peringkat antarabangsa

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Flintfox International, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pengurusan hasil dan penetapan harga untuk perdagangan dan peruncitan, terus membina momentum dengan pembukaan pejabat baharu di United Kingdom, Singapura dan Malaysia. Pengambilalihan perunding AX Microsoft Dynamics™ yang berpangkalan di Singapura AX Excellence akan membolehkan Flintfox untuk mengembangkan operasinya di seluruh rantau Asia Pasifik. Kepakaran AX Excellence dalam penyelesaian perniagaan perancangan sumber perusahaan (ERP) Microsoft akan membolehkan Flintfox untuk mempercepatkan pelaksanaan dan penyampaian bagi penyelesaian  pelanggan di rantau itu.

No comments:

Post a Comment